Sunday 25 November 2012

CINTA SI PENPAL

Ponn! Ponn!Ponn!
Yes, abang posmen datang! Aku dan kakakku, Ina bergegas ke pintu.
“ Surat saya ke abang posmen?,” tanya Ina.
“ Banyak ni surat-suratnya. Ni 7 untuk Nur Elina dan 5 untuk Nur Eliza .
“ Lah, nape aku punya selalu sikit daripada akak,” rungutku. Entah dari majalah mana akak cari semua ‘penpal’ tu. Aku tertanya-tanya dan sedikit cemburu. Tiga hari lepas pun Ina dapat 8 pucuk surat, aku dapat 6 pucuk je. Sampul-sampul itu ku belek-belek. Aku dapat agak daripada siapa walaupun dari luar sampul tidak ditulis siapa pengirimnya. Yang berbunga-bunga tu tentulah dari peminat setiaku, Saifuddin. Yang lain tu dari Adeeb di Selangor, Amer Azhan yang juga di Kelantan dan 2 lagi mungkin sahabat baru yang kuutuskan surat minggu lepas. Aku mencapai surat yang paling ku tunggu-tunggu. Dari Saifuddin.
Ke hadapan gadis yang selalu di hati,
                Assalamualaikum. Saiful harap Iza sihat selalu. Saiful di sini Alhamdulillah. Walaupun agak sibuk dengan pelajaran untuk SPM nanti, Iza jangan risau. Saiful akan cuba curi-curi masa menulis warkah untuk Iza tersayang.
Hehe….berbunga-bunga rasa hatiku. Maklumlah, orang tak ada pakwe. Macam ginilah gamaknya. Saifuddin ni jiwang karanglah, dalam hati ada taman dan bunga. Sesuai betul dengan sampul surat yang dipilihnya. Aku meneruskan pembacaanku.
Bagaimana denga pelajaran Iza? Ok tak? Tentu susah kan aliran Sains Tulen. Saiful yang aliran Akaun ni pun rasa agak tertekan dengan subjek Akaun dan Matematik Tambahan. Saiful harap Iza akan buat yang terbaik untuk SPM tahun depan ya. Jangan lupa janji kita. Akhir tahun depan kita jumpa kali pertama. Lepas Iza habis SPM nanti ya. Di sini Saiful ada sertakan gambar Saiful untuk tatapan Iza. Jaga baik-baik ya gambar tu macam Iza jaga diri Iza sendiri. Demikianlah saja untuk kali ini. Insyaallah, minggu depan akan menyusul warkah seterusnya. Salam sayang dari Saiful untuk Iza.
Yang selalu merinduimu,
Saifuddin
Aku melipat surat dari Saifuddin. Hatiku berbunga ceria. Foto yang diberikan aku tatap. Oklah, rupanya ada iras seorang rakan lelaki kelasku cuma kulit Saiful agak cerah sedikit. Aku senyum lagi. Namun senyumanku hilang serentak dengan kehadiran Ina di depanku.
“ Angaulah tu,”bidasnya.
“ Alah, akak tu lagi banyak dapat surat. Tentulah akak lebih angau dari Iza,” balasku pula tidak mahu mengalah.
“ Ina, Iza mari masuk ke dapur ni. Dah pukul 11.30 pagi ni. Tak lama lagi ayah korang nak balik makan,” ibu memanggil dari dapur. Kedua-dua anak gadisnya yang cuma beza umur 2 tahun ni kalau tak disuru, tak mahu masuk ke dapur. Liat betul bila disuruh ke dapur. Mak Timah menggelengkan kepalanya.
****************************************************************************
Musim peperiksaan tiba lagi. Peperiksaan yang aku kira cukup bermakna dalam hidupku. Penentu masa depanku. Maka, aku membuat keputusan untuk tinggal di asrama sekolah. Ini memudahkan aku untuk tidak membuat kesalahan yang sama iaitu lambat ke sekolah dan kehidupanku sebagai pelajar lebih tersusun.
Meskipun sibuk dengan rutin harian, aku masih berutus surat dengan sahabat penaku, Saifuddin. Dia yang telah tamat SPM bekerja sambilan di sebuah pusat tuisyen di Kota Bharu. Dalam sibuk menghadapi pelajaran, sebagai remaja tentulah cabarannya aga besar terutama dari segi perasaan ingin bercinta dan dicintai. Walaupun ada beberapa pelajar lelaki yang cuba memberi cinta, namun aku masih tahu hadnya. Pelajaran adalah keutamaanku. Tekadku untuk tidak menghampakan mak dan ayah lebih besar daripada segalanya. Lagipun, aku sedar aku bukan dating dari keluarga yang senang. Ada juga rakan-rakan sekola yang tewas sebelum berjuang kerana penangan cinta yang buta. Ada yang kembali ke pangkal jalan sebelum terlajak jauh. Aku, sering berdoa moga-moga dikuatkan tembok keimananku. Cikgu-cikgu selalu berpesan, zaman remaja ni perlu dijaga dengan baik dan perlu selalu berhati-hati. Silap sedikit, buruk padahnya di kemudian hari. Berbeza jika kesilapan itu dilakukan semasa zaman dewasa, masa itu akal sudah mampu berfikir dengan waras. Tapi ini tidaklah bermaksud bila melepasi usia remaja boleh membuat perkara-perkara yang ditegah dalam agama. Ia sekadar perbandingan antara zaman remaja dan awal dewasa seseorang manusia.
********************************************************************************
3 tahun sudah berlalu. Aku sekarang di tahun 2 di sebuah university awam di Melaka, mengambil jurusan IT. Kehidupan di sini agak berbeza. Tiada lagi kawan-kawan yang betul-betul rapat. Yang ada cuma rakan sekelas dan se’dorm’ yang hanya menjadi kawan bergelak ketawa sahaj tapi duka tanggunglah sendiri. Keluarga pula jauh di Kelantan. Aku sedih dan sepi. Sejujurnya aku masih mencari cinta sejati. Aku cemburu melihat pasangan yang ‘dating’. Saifuddin! Nama itu masih di hati. Dia masih di situ dengan setianya menunggu ungkapan cinta dariku. Sedang aku? Entahlah kenapa dengan aku ini. Tidak kesiankah dengan Saifuddin yang setia menanti? Tidak adakah secubit rasa sayang dan cinta terhadap jejaka itu? Adakah kerana dia tidak sekacak mana? Ah, aku pun tidaklah lawa mana pun. Atau adakah kerana pendidikan dia sekadar SPM sahaja? Tapi dia cintakan aku sejujurnya. Buktinya dah hampir 5 tahun kami berkawan. Bermula daripada Tingkatan 4 dan 5 yang hanya berutus surat sampailah zaman sudah ada telefon, dia masih di situ. Menjadi penunggu yang setia. Setiap hari dia menelefonku bertanya khabar dan meluahkan rasa rindunya. Terharu dan sedih mendengar rayuannya, aku tetap melayannya dengan baik meskipun aku semakin sedar tiada cinta di hati untuknya. Keras sungguh hatiku!
Tiba-tiba nama FAUZI terpacul di bibirku. Bibirku senyum senang mengingati lelaki itu yang kukira cukup sempurna di mataku. Sebenarnya aku sudah jatuh hati pada lelaki yang sebayaku tapi berlainan kursus itu. Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Automatif itu berjaya mencuri perhatianku. Bukan hanya kerana rupa paras dan perwatakan tapi entahlah, semuanya yang ada padanya nampak begitu sempurna di mataku. Tidak keterlaluan aku katakan dia adalah lelaki idamanku selama ini. Walaupun masih tidak pasti Fauzi memiliki rasa yang sama, aku bertekad untuk memenangi hatinya. Pelbagai cara aku lakukan untuk menunjukkan padanya bahawa aku menyukai dia. Antaranya ialah dengan mengorbankan perasaan Saifuddin. Seolah-olah tiada belas kasihan terhadap lelaki yang telah menungguku selama 5 tahun, aku sakiti hatinya dengan kejam. Aku suarakan niat untuk berpisah dengan alasan tidak mahu terus membiarkan dia menaruh harapan padaku. Sesenang itu aku hancurkan hati Saifuddin. Aku tidak mahu tahu sedalam mana kelukaan dia, yang aku tahu aku juga masih kecewa dalam memenangi hati lelaki impianku, Fauzi. Masih kuingat kali terakhir aku dan Saifddin berjumpa. Masih di Kota Bharu, Bandar yang menjadi saksi pertemuan pertama kami dan kini bandar ini sedang mengangisi hancurnya sebuah cinta yang dipupuk kukuh oleh sang jejaka.
Aku merenung sepasang mata bundar milik Saifuddin. Ada kesedihan di situ. Cepat-cepat aku melarikan pandangan tatkala dia mengangkat mukanya. Bait-bait perkataan yang kami ucapkan masih terngiang-ngiang di telingaku.
“ Kenapa sayang nak tinggalkan abang?,” tanyanya perlahan. Ingin sekali jari –jemari gadis pujaannya itu dipegang agar gadis itu mengerti gelodak hatinya yang tidak keruan saat itu. Namun, memandangkan suasana di kedai makan Bazar Siti Khadijah itu agak ramai orang, Saifuddin membatalkan hasratnya.
 Maafkan Iza. Terus-terang Iza cakap dalam masa beberapa tahun ni, Iza dah cuba cintakan Saiful tapi tak boleh. Semakin Iza cuba, semakin terseksa dan semakin lama Iza rasa semakin menipu Saiful. Kalau begini, Iza rasa baiklah kita berpisah sahaja dan Saiful boleh ber peluang pada gadis lain untuk mencintai Saiful,” tuturku berhati-hati. Ais di dalam gelas kutunjul-tunjal menandakan betapa sukarnya untuk aku menuturkan kata-kata itu.
“ Atau hati sayang dah terpaut pada orang lain?,” duga Saifuddin.
“ Err…takdelah. Tapi Iza buat semua ni untuk kebaikan semua pihak. Saiful tentu tak nak kan terus hidup dalam kepura-puraan.
“ Tapi abang kan selalu cakap dengan sayang, abang akan tunggu sayang sampailah pintu hati sayang terbuka untuk terima abang. Lagipun kita bukan nak kawin sekarang kan. Sayang masih belajar dan abang pun kerja belum stabil lagi.
“ Kalau pintu hati Iza tak terbuka juga sampai bila-bila camana?,” soalku.
“ Takkan lah tak ada langsung perasaan sayang pada abang? Kita kawan dah lama. Dari zaman sekolah menengah lagi sayang. Hati abang ni tak pernah berubah. Masih setia tunggu sayang,” Saifuddin masih cuba merayu padaku. Hatiku rasa serba salah yang amat sangat.
“ Ada. Tapi lebih sebagai kawan sahaja. Iza dah cuba cintakan Saiful tapi tak mampu. Boleh ke nanti kita hidup dengan perasaan sayang tapi tanpa cinta?,” soalku kembali.
“ Hmm..baiklah. Walaupun pedih hati ini, abang akan lepaskan sayang mulai hari ini. Sebab tu kan permintaan sayang. Abang pun tak nak paksa-paksa lagi,” kedengaran pasrah ungkapan itu. Ternyata tiada guna Saifuddin terus merayu. Mungkin benar kata Iza, kalau diteruskan pun, dua-dua akan derita. Jalan terbaik, masing-masing membawa haluan sendiri.
“ Tapi, kalau sayang berubah fikiran, hubungilah abang semula. Abang sedia terima sayang selagi abang belum ada sesiapa dalam hidup abang,” tutur Saifuddin sebak. Hatinya benar-benar terluka. Cinta pertama yang dipupuknya 5 tahun lepas, kecundang begitu sahaja. Benarlah kata pepatah, cinta tak semestinya memiliki.
“ Kerana cinta abang tulus dan suci, abang lepaskan sayang untuk mencari bahagia. Lagipun abang sedar diri abang. Abang ni memang dari dulu patut sedar yang abang tak layak langsung untuk sayang. Abang tiada rupa, tiada pelajaran, harta jauh sekali. Agaknya sebab tulah sayang tak pernah cintakan abang kan. Tapi tak apa sayang, abang tak marahkan sayang, dah suratan, kasih abang sampai setakat ni sahaja. Abang pun tak kan berdendam dengan sayang. Manakan cinta boleh ditukar dengan dendam sedangkan gadis ini yang dipuja siang dan malam.
“ Maafkan Iza, Saiful. Maafkan Iza.
“ Tak apelah, mari kita balik. Hari pun dah agak lewat nanti sayang susah pula nak balik kalau bas dah tak ada,” walaupun hatinya terasa seperti dihiris dengan belati, namun dia perlu pastikan gadis itu balik dengan selamat ke rumahnya. Dia perlu bertanggungjawab terhadapnya kerana gadis itu telah bersusah payah dating menemuinya walaupun untuk kali yang terakhir.
**********************************************************************************
Aku sedar Saifuddin betul-betul terguris. Namun, apelah dayaku. Biarlah dia luka hari ini, jangan luka di kemudian hari. Tudng bawal Gred 1 yang pernah Saifuddin hadiahkan dipegang dan dicium.
“ Sekali lagi, maafkan Iza kerana melukakan hati Saiful. Saiful tetap kawan Iza sampai bila-bila,” air matanya gugur jua. Walaupun mungkin tidak selebat air mata jejaka yang telah dilukai hatinya itu.
“ Kau baik. Baik sangat-sangat. Tidak pernah cuba mengambil kesempatan dan sentiasa menyokongku dari belakang namun sudah tersurat semuanya sampai di sini sahaja. Aku doakan kau akan bertemu jodoh yang terbaik. Yang pastinya ia bukanlah aku,” tuturku perlahan. Potret Saifuddin ditatap sayu. Bayu  malam yang lembut menampar mukaku namun seketika ia pergi. Begitulah kukira cinta Saiful terhadapku. Sekuat manapun setianya, suatu hari nanti pasti dia akan jumpa pengganti aku. Dan aku pula, meskipun tidak pasti dengan pilihan yang kubuat, sekurang-kurangnya aku berasa lega kerana melepaskan Saiful pergi daripada terus menipu perasaanku dan perasaan dia juga. Harapanku,moga-moga ada sinar dihujung jalanku nanti. Padamu Tuhan, temukan aku dengan seorang insane yang mencintaiku dan Berjaya membuka pintu hatiku untuk menerima cinta. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment