Friday 29 April 2011

cerpen pertamaku...

CINTA YANG TERSIMPAN
FAIZ…aku mula sukakan dia. wajah ‘Chinese Look’ nya, sikap peramahnya, kebaikannya dan segala yang ada pada dirinya menjadi pujaan ku ketika ini. Walau dia mungkin tidak tahu aku dah sukakan nya, tapi entahlah hati ini degil untuk terus meletakkan dia di dalam hati.
Ya, namanya mula mekar di hati. Masih ku ingat lagi memori kami yang pertama, iaitu kali pertama kami ‘blind date’. Kuang kuang kuang. Sebenarnya bukan ‘blind date’ jugalah. Dia saja yang tidak kenal aku, tapi aku dah lama kenal dia. Kononnya suka dalam diam lah. Hari itu kami jumpa di kedai makan, berkenalan dan makan tengah hari bersama. Pukul 2 petang nanti masing-masing ada kelas. Kami bukan satu bidang, dia pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal automatif, manakala 'aku pelajar sains komputer. Kami berbual-bual tentang diri masing-masing. Masa tu, aku lihat bukan aku sahaja yang pipi dah merona merah, tapi juga dia. Masa seperti cemburu dengan kami, jam hampir menginjak kepada pukul 1.45 petang. Zohor pun belum ditunaikan lagi. Dia meminta diri untuk solat dan pergi ke kelas. Dalam keterpaksaan aku membenarkan.
 “Ada masa nanti,kita jumpa lagi Lisa,’ tuturnya sopan.
“Oh,ya. bagi buku awak tu sekejap,’ pintanya. aku menghulurkan buku teks Rangkaian Data. Faiz mengambil sebatang pen dari poket seluarnya dan mencoretkan sesuatu di muka surat pertama buku itu. lalu, dia menghulurkan semula buku itu kepadaku.
“Wah, dia tandatangan buku aku. Ni boleh jadi sumber inspirasi ni” hatiku berkata-kata. Aku senyum menghantar dia pergi dari situ.
Bermula dari detik itu, hatiku semakin berbunga-bunga. Ada macam-macam jenis bunga. Ada mawar, matahari, keembung dan tahi ayam juga.
“Ah, entah apa-apa lah aku ni. Entah Faiz tu suka ke tak pun tak tahu. Kau je yang perasan lebih” hatiku berbisik.
“Tapi aku suka dia! Aku tak nak orang lain, aku nak dia je.
“Masalahnya, buka korang selalu jumpa pun. sebulan sekali pun belum tentu jumpa. Sibuk sangat kah dia walhal satu kampus?” hati kecil masih terus menghasut.
Kadangkala benar juga. Walaupun kami berkawan tapi, nak jumpa dia susah sangat. Bila telefon ajak keluar hujung minggu ada sahaja jawapannya. Balik kampong lah, nak study lah, ade assignment nak kena siapkan lah. alah, macam awak sorang je yang study. Tapi terfikir juga mungkin dia seorang pelajar yang tekun dan pandai. Tak macam aku yang ‘cukup-cukup makan je ni’ . Hai, hati merana lah engkau. tulah, serahkan pada yang belum tentu nak. Ada orang lain nak, awak tak hendak, yang tu juga awak kejar.


LISA…nama secomel wajahnya. dia sederhana, tidak tinggi sangat dan tidak rendah sangat. Ramai kawan-kawan kata muka kami ada iras, ada jodoh kot”kata mulut laser Azwan, kawan sebilikku. Pertemuan pertama kami berlaku di kedai makan. ‘blind date’ la konon. Akhirnya aku tahu juga siapa ‘secret admirer’ aku selama ni. Hampir 2 bulan dia asyik telefon dan menyembunyikan identiti nya, akhirnya dia berani memunculkan diri depan aku. Kenapa dia nak sorok-sorok pulak? Bukannya dia tak ada hidung ke, tak de mata sebelah ke, comel ape…
TAPI..aku takut bermain dengan cinta! Aku memang tidak pernah bercinta. Bukan aku takut kecewa, tidak sama sekali kerana aku lelaki, aku perlu kuat. tapi aku takut akan kecewakan dia. Dalam situasi aku yang tidak menentu, masalah keluarga yang menimbun, pelajaran yang harus aku utamakan, bukan cinta. Ayah semakin tidak sihat. Kak long pun begitu juga, sakitnya semakin hari semakin teruk. Aku tak mahu Lisa tahu semua masalah aku. Aku tidak mahu dia terlibat sama. Aku tidak mahu menyerabutkan fikirannya.
LISA…selalu menghubungiku. rajin betul dia. Kadang kala aku perli juga. Lebih baik syiling yang dia bergayut pada telefon awam tu digunakan untuk hubungi keluarga di kampung. Ada juga faedahnya daripada hubungi aku yang tidak dapat nak bagi apa-apa komitmen untuk dia buat masa ni. Ternyata selepas aku bidas dia dengan ayat itu, dia tergamam. Sungguh, aku tidak sengaja. Aku tidak berniat langsung melukai hatinya. Aku tahu dia budak baik tapi aku sungguh-sungguh tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum masanya lagi. Kau..tidak ada yang kurang LISA. Cuma aku ni yang belum bersedia. maafkan aku LISA..
***************************************************************************
Tiket bas balik Kelantan telah dibeli. Faiz yang tolong belikannya. aku mahu bagi duit, dia tidak mahu mengambilnya. Bukannya sedikit, hampir RM43 juga. terasa bersalah pula. Maka, aku berjanji akan belanja dia makan nanti. Katanya takpelah, mungkin lain kali dia akan perlukan pertolongan aku, sapa tahu.
Sehari sebelum bertolak pulang, aku menghubunginya. Aku mahu jumpa dia sebelum pulang bercuti selama 1 bulan. Aku pasti merinduinya. Hanya sekeping gambar ukuran passport yang diberinya dulu menjadi pengubat rinduku.
“ Saya tak dapat janji,Lisa,” katanya padaku.
“ Hmmm…baiklah. Tapi Lisa akan tunggu Faiz,” ucapku lirih.Sebak.Dialah cinta pertamaku, tapi tak tahu kenapa dia seolah-olah ingin menjauhiku. Apakah aku bertepuk sebelah tangan?
Faiz yang ku tunggu petang itu tidak juga muncul sehinggalah saat aku melangkah ke tangga bas. Panggilanku juga tidak dibalas. aku sedih, buntu. apakah dia lupa? atau sesuatu yang buruk berlaku padanya? air mataku menitis….kuat penangan insan bernama FAIZ dalam hidupku…



SAYA MINTA MAAF TAK  DAPAT HANTAR AWAK NAIK BAS SEMALAM. SAYA BALIK JOHOR, NAIK MOTOSIKAL JADI KENA GERAK AWAL.SEKARANG SAYA DAH SAMPAI  KOTA TINGGI.-  FAIZ.
Ku pandang sahaja sms yang Faiz hantar padaku awal pagi itu. Aku baru sahaja sampai ke rumah selepas menempuh perjalanan yang jauh. Sakit seluruh tubuhku kerana terlalu lama duduk di bangku bas.
Lain kali kalau dah ada rancangan lain bagitahu lah awal. Tak adalah aku macam tunggul kat perhentian bas tu” rungutku. Marahku dah reda sebenarnya. Sekarang ni aku fikir nak tidur je. Tak larat sudah!!
*****************************************************************************
“LISA, aku rasa kau lupakanlah saja budak FAIZ  tu,” WAWA kawan baikku menasihatiku pada suatu petang ketika aku berbual-bual dengannya.
“Kenapa? Aku suka pada dia,” bagitahukuu telus tanpa selindung.
“Dia tu buaya lah. Eh, bukan buaya jugaklah, tapi jenis yang mulut manis tapi sebenarnya dalam hati tak ada apa pun,” tambah WAWA lagi.
“Aik, camana kau tahu ni? Kau pernah jatuh hati kat dia ke?, usik ku ketawa kecil.
“ Bukanlah aku. Kawan aku dulu. Lagipun FAIZ kan dulu kawan sekelas aku masa dekat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Jadi sedikit sebanyak aku tahu perangai dia. Dia saja nak mainkan engkau tu,” tokok WAWA lagi. Aku terdiam.
“ Tak pelah WA, lupa kan sahaja tentang dia. Tak payah cakap lagi pasal dia, ok!
“ Terpulanglah kat engkau, kalau kau kecewa nanti jangan salahkan aku ya!,” WAWA mengakhiri kata-katanya.
Entahlah WAWA, aku sendiri sebenarnya tidak yakin dengan FAIZ. Aku tidak salahkan engkau sekiranya engkau kata dia tidak serius denganku. Dah nasib badan, aku suka dekat orang yang macam tu.

******************************************************************************
LISA…aku mohon maaf di atas perlakuanku. Aku tidak tahu bagaimana untuk menerangkan semua ini. Aku juga mahu disayangi. Bohonglah kalau kata aku langsung tidak mempunyai perasaan terhadapmu. Tapi aku sedar diri, aku orang miskin. Aku bukan seperti orang lain yang boleh goyang kaki, berehat secukupnya bila cuti semester tiba. Masaku terhad LISA apatah lagi untuk menghubungimu. Bukan aku berkira ‘topup’ denganmu. Engkau pun tahu aku tidak pernah berkira tentang duit.
“ FAIZ, esok pagi kau tak payah datang kebun, kau hantar ayah kau pegi klinik ya. Ubat dia dah habis tu,” tiba-tiba emak bersuara mematikan khayalanku pada seorang gadis bernama LISA.
“ Baik, mak. Kalauu macam tu, FAIZ kena siapkan kait buah kepala sawit ni hari ni juga, tak kan lah emak mahu membuatnya seorang diri esok? Emak berehat saja ya,” pintaku pada emak yang kulihat bukannya kuat lagi. umurnya pun sudah mencecah 56 tahun.
“Baiklah. Ringan sikit beban emak kalau kamu balik FAIZ. Kamu tahu jelah adik kamu tu FAIZUL bukan rajin sangat turun kebun,” Puan Umi mengesat peluh di dahinya.
“Takpelah mak, dia kan sibuk belajar untuk SPM. Mak jangan bimbang, selagi FAIZ  belum habis cuti ni, FAIZ sedia tolong emak. Apa saja!,” akhiri FAIZ  sambil menghirup sirap ais di dalam cawan plastik. Segar rasanya dapat minum ais di kala panas begini.
*************************************************************************
Cuti semester pertama berakhir. Semua telah kembali ke kampus.
‘Aku merinduinya,” rintih ku perlahan.
Tiba-tiba satu sms masuk ke telefon bimbitku. Segera ku buka. Dari FAIZ.
‘SAYA NAK  JUMPA AWAK. KEJAP LAGI SAYA SAMPAI . AWAK TUNGGU KAT LUAR  YA. MALU SAYA KALAU SAYA SAMPAI DEPAN HOSTEL AWAK, AWAK TAKDE, NANTI BUDAK-BUDAK  POMPUAN LAIN NGORAT SAYA – FAIZ.
“Ceh, perasan!,” cemuhku. Segera aku bergegas ke bilik air untuk mandi. Magic betul, sepantas kilat semangat aku datang. Gila lah FAIZ ni, buat aku gila bayang.
20 minit kemudian, dia sampai. Dari jauh ku lihat mukanya merona merah. Malu barangkali kerana terdapat sekumpulan pelajar perempuan sedang lepak-lepas di atas tangga. Maklumlah, dia tidak biasa dengan perempuan. Dalam kelasnya mana ada pelajar perempuan. Jadi tidak hairanlah dia jadi begitu.
“ Saya nak minta tolong awak LISA,” FAIZ memulakan perbualan selepas menanggalkan topi keledarnya. HMMM…hensem sangat..nak rebah aku ketika itu. Namun, aku cuba berlagak biasa.
“ Apadia FAIZ? Kalau saya boleh tolong, saya tolong. Kalau tak pun, saya akan cuba tolong juga,” aku senyum yang paling manis buat dia.
“Temankan saya pergi Pusat Komputer. Saya nak cari bahan-bahan untuk ‘assigment’.
“Itu je? Saya ingat apa lah yang serius benar. Jom. Eh, ni nak jalan kaki ke naik motor? Tak jauh sangat pun kan.
“Takpe, kita jalan sama-sama. Moto tinggal sini je.
Kami berjalan seiringan ke Pusat Komputer yang terletak kira-kira 500 meter dari hostel ku. selepas mendaftar, kami duduk sebelah menyebelah. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Mangkuk betul la jantung ni. Cool beb!Cool!
“Awak nak cari ape?
Dia mengeluarkan sehelai kertas dari saku seluarnya dan menghulurkan padaku.
“ Ok, awak cari dua yang atas ni, saya cari 3 yang bawah ni. Awak ada ‘pen drive’ tak?
Dia angguk dan mengikut arahanku. Dia menjumpai video dalam format flash. Sangat bagus untuk ‘presentation’ tapi tidak dapat muat turun. Wajahnya agak kecewa. Aku cuba menyedapkan hatinya bahawa aku akan cuba lain kali, mana lah tahu dapat muat turun. Dia senyum sedikit. Sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Dia mengajakku pulang. Dah agak lewat katanya. Aku hanya mengikut sahaja. Dalam perjalanan, kami singgah kedai mamak. Dia memesan rojak dan aku sekadar memesan segelas air sahaja. Bila aku hendak membayar bil tersebut, yakni mahu membayar hutang tiket bas hari tu, dia langsung menghulurkan wangnya kepada penjaga kaunter. Mamat tu senyum-senyum saja memandang kami. Cehhh!
Itu  juga memori kami berdua. Aku simpan erat dalam hati. Namun seminggu kemudian, aku cuba menghubunginya namun gagal. Dia menutup telefon bimbitnya. Dua hari kemudian aku menghubunginya, suaranya kedengaran lirih dan sebak.
“Awak tahu LISA, hujung minggu lepas saya balik kampung. Kakak saya meninggal. Sakit jantung,” beritahunya perlahan. Aku tergamam. Kenapa sekarang baru nak bagitahu aku?
“ Kenapa awak baru cakap dengan saya? Kenapa awak ni susah sangat nak kongsi susah awak dengan saya?
“Saya tak nak susah kana awak LISA.
“Atau awak masih anggap saya orang luar kan. Takpelah, saya sedar letak duduknya saya dalam hati awak FAIZ.
“Awak kawan baik saya LISA. Kawan perempuan pertama saya di kampus ni. Saya tak ada kawan perempuan lain selain awak.
“Hmmm…ok, maaf. Saya marah awak tadi. Patutnya saya cuba redakan kesedihan awak. Awak nak jumpa saya ke?
“ Takpelah LISA…kita nak jumpa selalu pun kita bukan muhrim, tak baik. Saya takut Tuhan marah,” tuturnya perlahan.
“Saya takut hilang pertimbangan bila bersama awak nanti,”sambungnya lagi.
“Ape benda awak cakap ni? Awak tak pernah hilang pertimbangan pun. Pegang tangan pun tak pernah apa tah lagi lebih dari itu.
“ Sebab tu saya tak nak selalu jumpa awak. Saya takut saya akan buat awak berdosa. Baik kita tak jumpa.
“Baiklah sayang, kalau begitu awak rehat lah. Bertenanglah. Awak orang baik, sebab tu selalu di uji. Ada hikmah untuk semua yang berlaku ni. Kalau awak perlukan saya, telefon je. Saya sentiasa ada untuk awak,” janjiku padanya mengakhiri perbualan di telefon pada pagi Sabtu itu.
*****************************************************************************
Hatiku hancur. Berderai. Aku fikir aku dapat menunggu hingga hatinya betul-betul terbuka untukku, namun kini aku mengerti tiada guna aku menunggu kerana FAIZ sudah punya pilihan hatinya.
“ Saya dah bertunang seminggu yang lepas,” beritahu FAIZ tanpa rasa bersalah sedikit pun terhadapku.
“ Apa? Owh…yeke…tahniah.,”.aku mematikan talian. Pedih. Bagaimana semua ni boleh terjadi? Benarkah? Dia pernah kata hanya aku di hatinya namun bagaimana dia boleh bertunang dengan perempuan lain pula? Dalam usia yang begituu muda pula. Kami belum habis belajar lagi tapi kenapa dia bertunang dalam usia semuda ini? Berbohongkah dia? Tapi itu kata-kata yang keluar dari mulut dia sendiri. Tidak ada perasaan langsungkah FAIZ terhadapku? Tidakkah dia menghargai usaha ku memujuk kakak ku untuk bekerja sementara di JOHOR, demi untuk dekat dengan dia? Dekat tapi jauh! Aku jalani hari tersebut dengan sebak dan sedih yang teramat. Seharian aku tidak makan dan tidur walhal malam nanti aku akan bekerja shift malam. 12 jam pulak tu. Ya ALLAH, aku berserah padaMU!!
“””**************************************************************************
Aku tahu hati LISA hancur. Dari suaranya yang sebak mengucap tahniah aku sangat arif. Kami dah 2 tahun berkawan, aku sangat mengenali sifatnya. Kenapa aku tega melukai hatinya yang tulus? Tergamak aku beritahunya bahawa aku baru sahaja bertunang? Dia percaya? Sumpah, seumur hidup tidak pernah aku bercinta. Tidak pernah ada seorang perempuan pun cuba dekat denganku. Hanya seorang. LISA. Dan kini aku telah sakiti hatinya. Aku telah bohonginya semata-mata kerana tidak mahu komitmen. Tidak bersedia. Aku tidak sanggup membiarkan dia menungguku sehingga bertahun-tahun. LISA, cita-cita ku tinggi. Aku ingin mendapat biasiswa untuk menyambung ‘master’. Aku mahu jadi pensyarah. Masa tu, umur kita dah berapa? 27 tahun…sanggupkah kau menunggu sehingga menolak cinta lain? Aku tidak mahu kau tunggu aku…pergilah kepada orang lain yang sanggup setia padamu. Yang menyayangimu sepenuh hati..bukan aku LISA, bukan aku..TERIMA KASIH UNTU SEGALA YANG PERNAH KAU BERI. AKAN KUINGATI SEMUA MEMORI KITA. MOGA KAU AKAN TAHU SUATU HARI NANTI, AKU MEMANG SAYANGKAN KAMU TAPI CINTA AKU SEKARANG MILIK ALLAH, PELAJARAN, KELUARGA DAN JUGA MASA DEPANKU..TINGGAL SAYANG..TINGGAL LAH PUJAAN…



kala malam..

aku masih di sini. sepi...walau ada cinta. rindu pada insan tertentu. agak tertekan kerana masih memegang status penanam anggur terhormat. oh tuhan, apakah perancangan MU terhadap hambaMU yang lemah ini??

aku dan hatiku..

perasaan ingin berkarya selalu datang menjengahku namun aku selalu rasa sangsi dengan kebolehan sendiri atau dengan kata lain memang aku ini kurang keyakinan diri.entahlah...