Monday 23 May 2011

Kembara Sufi: Manusia Yang Tidak Pernah Puas..

Kembara Sufi: Manusia Yang Tidak Pernah Puas..: "Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di ibu kota. Kononnya di negara maju yang tunggang-langga..."

Friday 20 May 2011

siap juga akhirnya...

“Nama saya Anas. Budak kejuruteraan elektrik tahun 4. Awak pula?” bait-bait perkataan yang muncul di skrin di tatap Lisa hambar. Perlahan jari-jemarinya menekan satu persatu huruf pada papan kekunci computer.
“Lisa. Tahun 3. Sains Komputer major Multimedia,” dia melirik sekilas pada ayat-ayatnya sebelum menekan butang ENTER.
“ Saya berasal dari Shah Alam. Keluarga saya semua ada kat sana. Awak orang mana?”
” Kelantan. Awak tak study ke malam ni? Awak chat dengan saya ni tak ganggu study awk ke? Awak kan dah sem akhir?
“Owhh…Kelantan. Saya ramai juga kawan-kawan orang Kelantan. Kawan baik saya pun orang Kelantan. Taufik namanya tapi dia bukan pelajar kat sinilah. Kat UniKL.
“Yeke..hmm..tak tanya pun,”desis hati kecilku. Perasaan bosan mula menerjah dalam hatiku. Malas nak menaip. Tadi gatal sangat nak ‘online yahoo messenger’, sekarang bila dah ada orang nak chat dengan awak, awak pulak bosan. Tiba-tiba telefon bimbit di sebelah kiri meja komputerku berbunyi tanda ‘sms’ masuk.
LISA, JOM KELUAR. BOSANLAH HUJUNG MINGGU NI.—Farhan
‘MAAF, FARHAN. LISA TAKDE MOOD’.  Butang ‘send’ ditekannya. Si Farhan ni pun satu hal. Sikit-sikit keluar, sikit-sikit keluar. Kalau keluar dengan dia pun, bukan ada faedah pun. Dia asyik bercerita tentang diri dia, keluarga dia, kawan-kawan dia, pelajaran dia, sukan kegemaran dia. Tidakkah Farhan sedar yang aku ni sebenarnya bukanlah berminat sangat nak dengar semua tu? Setiap kali dia sibuk bercerita tidak kah dia perasan aku sibuk melayan perasaanku sendiri? Tidakkah Farhan sedar itu semua? Apa yang Farhan nak dari aku? Dia sukakan aku ke? Tapi aku tak pernah sukakan dia. Sumpah tak pernah. Memang aku pernah keluar dengan dia, Bukan jauh pun. Depan hostel masa tahun 2. Masa tu pun, setelah kami dah hampir 6 bulan kenal di dunia siber. Aku pelik juga mengenangkan perkenalanku dengan Farhan. Ia bermula dengan dia menghantar e-mail padaku bertanya khabar. Aik, aku tak pernah kenal pemilik e-mail tersebut lalu aku menganggap dia telah tersalah hantar. Jadi aku telah membalas e-mailnya dengan menyatakan bahawa dia telah tersalah orang. Aku ingat dia akan berhenti di situ, Rupanya dia masih berminat untuk meneruskan perkara yang tersalah itu. Dia menghantar e-mail lagi kepadaku dan menyatakan maaf serta ingin berkenalan denganku. Hampir 6 bulan kami berbalas e-mail sehingga lah dia menyatakan hasratnya untuk berjumpa dan kenal lebih rapat denganku. Masa tu, aku tengah ‘mabuk’ dengan Faiz. Jadi pada pertemuan pertama kami, berlangsung seperti biasa saja. Tidak sama seperti ‘blind date’ dengan Faiz. Penuh debaran. Penuh kemanisan walaupun seketika cuma. Aku tidak pernah berniat untuk mempermainkan Farhan. Sungguh, aku hanya menganggapnya tidak lebih dari seorang kawan biasa. Tapi aku tidak tahu dan tidak mahu tahu tentang perasaannya padaku. Biarlah semua itu terpendam di lubuk hatinya. Usahlah kau luahkan Farhan jika kau tak ingin kecewa. Seingatku banyak kali sudah aku ketemunya di taman permainan depan hostel ku. Pernah dia mengajakku jalan-jalan hari minggu menikmati indahnya kota Melaka. Namun, aku masih tidak lupa diri. Padaku, membonceng motosikal dengannya samalah seperti aku dah serahkan cinta aku padanya. Padahal aku langsung tidak meletakkan dia dalam hatiku. Kadang-kadang aku terpaksa sahaja bertemu dengannya. Yelah, bayangkanlah seminggu berturut-turut dia datang menemuiku. Kadang siang, kadang malam. Kadang ajak makan tengah hari, kadang ajak makan malam. Rimas pun ada. Faiz pun tak begitu fanatik seperti dia. Aku agak dia memang suka aku cuma setakat ni dia tak berani menyatakannya. Kadang-kadang apabila kami terserempak dengan kawan-kawan perempuannya, kami di usik-usik. Merah padam mukanya menahan malu. Aku buat muka selamba sahaja. Sesungguhnya hati ini cuma milik Faiz. Hanya dia di hati ku. Tiada yang lain. Faiz lain. Farhan lain. Faiz umpama sebiji permata. Mahal dan suci. Sesuatu yang bersifat seperti itu mestilah menjadi impian semua orang. Semakin Faiz menjauh, semakin bertambah perasaan cinta di dalam hati ini untuk dia. Tapi itu semua dulu. Sekarang Faiz ingin dilupakan dari sanubari. Biarlah nama itu bersemadi bersama cintaku yang tidak kesampaian kepadanya. Pohonku pada Ilahi, moga-moga kami dipertemukan di syurga kelak. Insyaallah.
Tiba-tiba aku teringatkan Anas. Spontan mataku beralih ke skrin komputer. Anas telah ‘sign-out’. Alamak, janganlah dia merajuk dengan aku.Takpelah, lain kali mesti dia akan ‘chat’ lagi dengan aku.
Waktu menunjukkan pukul 2 pagi. Esok hari Ahad. Kawan-kawan serumah semua sudah lentuk di buai mimpi. Aku sahaja yang masih tidak dapat melelapkan mata. Sudahnya aku bangun menuju ke bilik air dan mengambil wuduk. Biarlah aku mengadap Tuhan demi menghilangkan perit yang aku alami ini. Ya Tuhan, ampuni diriku yang telah jatuh cinta, jatuh cinta pada insan yang mencintaiMu. Salahkah aku Ya Allah? Berdosakah aku?
***************************************************************************
Aku masih di situ. Bertemankan hiruk-pikuk manusia yang datang ‘jogging’, jalan-jalan, cuci mata atau sekadar duduk-duduk sahaja. Aku baru sahaja menghabiskan 2 pusingan larian. Beriadah seorang diri tanpa teman tentunya tidak menyeronokkan. Tapi siapa yang harus aku ajak menemaniku? Siapa yang punya minat sepertiku? Kebanyakan kawan-kawanku bukan kaki sukan. Kalau kaki jalan ke kaki komputer ramailah. Aku melabuhkan punggung pada tembok yang agak rata. Ku pandang ke bawah, ke dalam tasik. Ikan-ikan tilapia berebut-rebut makanan yang dilemparkan pengunjung ke dalam tasik. Kebanyakannya roti atau pun biskut. Hai, merasa jugalah kau makan roti dan biskut, ikan! Kalau tak, makanlah kau lumut dan rumpai tu hari-hari.” getusku senyum sendiri. Tenang sahaja suasana meskipun agak ramai pengunjung petang itu. Lega rasanya dapat lari sekejap dari rumah yang menyerabutkan. Dengan penghuninya yang suka masuk campur hal orang lain. Kononnya mengambil berat. Aku ni dah makan ke belum, ok ke tak emosi aku takde pulak orang ambil tahu. Tapi kalau hal aku nak bercinta dengan sape, nak pasang ramai, ramai pulak sibuk-sibuk bertanya. Hai, entahlah!!
Minda tiba-tiba teringatkan Anas. Tengah buat ape ya dia sekarang? Oh, ya! Lupa pulak, baru semalam dia memberitahuku hujung minggu kali ini dia balik Shah Alam. Rindu ke aku ni? Apsal orang yang hensem dan bersih sahaja mukanya aku rindu? Lah…sape tak suka pandang sesuatu yang cantik dan indah? Anas. Anas. Anas. Sudah sebulan Lisa mengenali jejaka berkulit putih itu secara realiti. Ya, dia hensem, ‘smart’ dan banyak sebab kenapa aku memberi perhatian kepadanya, bukan Farhan mahupun yang lain-lain. Bukan semata-mata kerana rupa. Lebih kepada pekerti. Budi-bahasa, sopan-santun dan sikap baik hatinya. Dia selalu bertanya masalahku. Mengambil berat dan menyayangiku sebagai kawannya.
“ Hampir sebulan dah kita berkawan. Selalu juga kita keluar bersama tapi saya rasa hati awak bukan 100% bersama saya” duga Anas suatu malam ketika kami keluar makan bersama. Aku pandang wajahnya. Bertuahlah, awek dia ni dapat dia. Memang hensem gila. Faiz pun tak sehensem dia.
“ Anas tanya ni wahai cik Lisa. Kenapa cik Lisa pandang muka Anas macam nak makan Anas je?
“ Hmm..kalaulah Anas ni makanan, dah lama Lisa ‘order’’ usikku ketawa kecil. Dia ketawa juga.
“Anas ni bukan makanan cik Lisa. Dah lapar sangat ke sampai tengok muka Anas nampak makanan?
“ Awek Anas tu mesti cantik kan! Kalau tak, takkan Anas sudi ‘declare’ dia sebagai awek kan” aku tahu dia telah mempunyai buah hatinya sendiri. Dia pernah mengakuinya dua minggu lepas. Nasib baiklah aku ni bukan tangkap cintan lagi dengan dia. Dalam hatiku cuma ada…korang pun tahu kan! Tak mungkin Anas dapat menggantikan dia. Walau Anas lebih kacak, lebih ‘caring’, lebih baik sekali pun. Pintu hati aku dah tertutup untuk sesiapa selain dia sahaja. Aku mengeluh dan tidak menyedari kelakuanku tadi diperhatikan Anas.
“ Dia biasa je Lisa. Lebih kurang Lisa juga. Tapi kami dah agak lama kawan. Dari masa matrikulasi di UM lagi” ujar Anas. Pelayan restoren datang membawakan makanan yang dipesan. Aku hanya memesan nasi goreng kampung. Anas pula nasi goreng cina.
“ Makanlah Lisa. Anas tahu Lisa belum makan lagi dari siang tadi kan. Nanti perut masuk angin” dia mula menyuap nasi ke mulut selepas membaca doa.
Kalaulah yang di depanku ini Faiz dan yang tengah berkata-kata itu Faiz. Alangkah indahnya hidup. Entah-entah kalau betul imaginasiku itu, aku sudah merangkul Faiz dalam pelukanku. Akanku peluk erat tanpa melepaskannya lagi. Supaya dia tidak lagi pergi dari hidupku. Supaya dia kekal di sisi sehingga aku mati. Tapi….kenyataannya sekarang bukan Faiz yang berada di depan mataku. Anas. Bukan Faiz. Aku mengeluh lagi. Nasib baik ada insan yang cuba untuk memahami diriku dan masalahku. Insan itulah yang berada di depanku. Namun, aku tidak pasti sampai bila Anas akan setia bersamaku sebagai kawan paling rapat. Hanya Tuhan saja yang tahu!
****************************************************************************
Kesian dia! Dia sangat kecewa dengan cintanya yang pergi. Kalaulah aku kenal siapa insan yang sanggup melukakan hatinya, akan aku tumbuk-tumbuk muka dia. Kenapalah tega mempermainkan hati seorang perempuan sebaik Lisa? Kalau tidak sudi, baiklah jangan dilayan dari awal lagi. Setiap waktu, setiap kali berjumpa Lisa, wajah Lisa tetap mendung walau Anas telah sedaya upaya cuba menghiburkannya. Aku suka berkawan dengan dia. Lagipun, dia baik. Baik sangat. Tak pernah bercakap kasar, tak pernah melukakan hati orang walaupun dia selalu berada dalam dunianya sendiri. Aku bersimpati padanya. Kalaulah Yana belum hadir dalam hidupku, tentunya Lisa pilihan pertamaku. Namun, apakan daya, aku harus setia pada Yana. Yana yang telah aku janjikan sebuah cinta yang tulus untuknya. Yana yang telah bersusah payah bersamaku dulu. Akanku kenang segala jasamu Yana. Kerana itulah aku cuma menerima Lisa sebagai kawan sahaja. Harap-harap dia tidak mengharapkan lebih dari itu.
“*****************************************************************
“ Lisa, kau dengan Faiz camana sekarang? Ok ke? Aku takde dengar engkau sebut nama dia sekarang” tanya Aisyah rakan sekelasku yang agak rapat denganku ketika kami makan bersama di kafeteria kampus tengah hari itu.
“ Ermm….ok..Dia sibuk. Kita pun sibuk juga kan. Dah tahun 3,” tuturku perlahan.
“ Tapi aku tengok pelajaran kau semester ni agak merosot. Kenapa? Macam ada masalah jer. Takkan tak nak kongsi dengan member kot?
“ Ada subjek yang aku rasa tak boleh ‘bawak’. Macam ‘animation’ dan ‘Data Structure’ tu. Aku bukan kreatif macam korang. Aku ni kayu. Kalau subjek Math bolehlah,” ujarku cuba menutup cerita tentang Faiz.
“ Eh, tu bukan Faiz ke?,” Aisyah menunding jari pada sekumpulan pelajar lelaki yang tengah berasak-asak di kaunter pembayaran. Serentak itu mataku memandang. Dia masih seperti dulu. Seperti 4 bulan lepas. Gayanya tidak berubah. Wajahnya pun tidak berubah. Tapi hatinya sudah berubah. Ia bukan lagi milik aku!” jerit Lisa dalam hati. Terasa panas tepi matanya. Air mata gugur juga akhirnya. Untuk apa ia gugur? Untuk sebuah cinta yang telah tiada? Atau untuk sebuah rindu yang tak terungkap dengan kata-kata? Cepat-cepat diseka agar tidak terlihat oleh Aisyah.
“ Syah, dahla. Jomlah pegi solat. Jap lagi nak masuk kelas pula. Jom,” aku menarik tangan Aisyah ke sinki untuk membasuh tangan dan kemudian kami terus beredar ke bilik solat. Tanpa kusedar, langkahku diperhatikan dari jauh.
“***********************************************************************
“ Saya minta maaf Farhan. Saya tak dapat terima awak. Saya dah ada seseorang,”tuturku perlahan menjawab panggilan telefon Farhan malam itu. Farhan ingin mengajakku keluar kerana ingin meluahkan perasaannya padaku. Namun aku menolak dengan baik.
“ Tapi siapa dia? Awak tahu, awak dah lukakan hati saya untuk kali yang kedua. Pertama semester lepas. Masa tu awak kata dah ada seseorang juga tapi saya tak pernah nampak awak dengan mana-mana lelaki pun. Lepas tu awak sengaja tukar nombor telefon kan supaya saya tak boleh hubungi awak, kan!” tuduh Farhan.
“ Saya tukar nombor telefon bukan pasal awak, Farhan. Janganlah tuduh sebarangan. Siapa dia, biarlah saya saja yang tahu. Apa yang saya tahu, saya dengan awak selama ni hanya kawan sahaja. Not more than that!” tegasku.
“ Apa kurangnya saya Lisa? Apa lebihnya dia?
“ Saya tak gembira bersama awak. Awak sedar tak selama ni..awak hanya pentingkan diri sendiri? Kalau kita jumpa, ada awak bagi peluang saya bercakap? Ada awak bertanya masalah saya? Awak sibuk bercerita tentang diri awak. Awak itu, awak ini. Awak sedar tak bahawa kadang-kadang saya bosan tau tak?” akhirnya aku melepaskan segala ketidakpuasan hatiku terhadap Farhan selama ini.
“ Habis tu, awak rasa saya tak bosan dengan awak? Asyik saya je yang bercerita, awak diam membatu je. Macam dalam mulut tu ada emas. Kalau dengan orang lain bukan main lagi” katanya lagi agak emosi.
“ Macam mana saya nak selesa berkomunikasi dengan awak? Awak seolah-olah tidak cuba untuk memahami saya, apa yang saya nak, apa yang saya suka. Awak  cuma fikirkan diri awak je,”balas ku juga mempertahankan diri.
“ Lisa tak kesiankan saya ke? Lama saya tunggu Lisa. Saya cintakan Lisa,” ucapannya berubah sedih. Sayu juga aku mendengarnya. Sekarang baru aku faham erti CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA. Agaknya inilah yang terjadi antara aku dan Faiz. Aku memaksa dia agaknya. Tapi aku tidak pernah mengucapkan kata cinta pada Faiz. Tapi aku tahu dia tahu aku cintakan dia lebih dari nyawa aku sendiri. Semua tu boleh terjawab dengan sinar mataku tiap kali memandangnya dan perlakuanku terhadapnya.
“ Kalau awak rasa kecewa, saya pun baru pulih dari kecewa. Itupun bukan sepenuhnya lagi. Lukanya masih ada. Awak pun tak tahu kan. Yalah, sebab awak tak pernah nak ambil tahu pun hal saya, masalah saya. Yang awak tahu cuma perasaan ingin memiliki saya. Awak fikir cinta boleh  kekal lama ke kalau macam tu? Macam nilah Farhan, kalau awak rasa nak anggap saya sebagai kawan, kita boleh terus berkawan. Tapi kalau awak rasa nak ada perasaan lebih daripada tu, I’m so sorry. I can’t! Ok, saya letih dan penat otak memikirkan semua ini. Saya nak tidur. Sekali lagi saya minta maaf. Klik. Talian aku putuskan dan aku matikan terus telefon. Kurebahkan badan ke tilam, dan cuba memejamkan mata. Adakah maksud aku tadi, aku telah jumpa pengganti Faiz? Anas ke? Bukankah Anas telah ada makwe? Bagaimana aku boleh berfikir bahawa Anas akan menyukai aku lebih dari seorang kawan? Entah-entah aku bakal menempah kecewa lagi. Takut aku memikirkannya dan mataku sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi…
****************************************************************************
“ Lisa, nak ikut Anas tak?
“ Ikut pegi mana?
“Ambik gambar. Gambar pemandangan,gambar orang dan sebagainya lah. Kita pegi air terjun buatan yang dekat Jaya Jusco tu nak?
“ Hmm…ok…boleh jer..(Apa-apa jelah Anas asalkan aku dapat bersama kamu. Jangan lebih-lebih sudah)
“ Ok, bersiaplah. Sekejap lagi Anas datang ambik.
Aku bergegas mandi dan bersiap. Jam menunjukkan pukul 9.15 malam. Solat Isyak telah ku tunaikan awal-awal lagi. Beberapa kali aku membelek diri di cermin, memastikan bahawa aku nampak sempurna di matanya. Ah, Anas bukan insan yang memilih rupa sangat. Orang yang sederhana macam aku pun dia berkawan. Lelaki lain yang tak sehensem dia pun, tak pernah pandang aku..aduhai…semakin aku jatuh hati..
Air terjun Bukit Sebukor bukanlah seperti air terjun lain. Namun, yang uniknya ia adalah air terjun buatan manusia. Memang ianya tidak sama dengan ciptaan Ilahi namun padaku..ia menyimpan kenangan manis buat aku dan Anas. Masa kami sampai ke situ malam itu, tidaklah terlalu ramai pengunjung yang ada. Anas mula ‘setting’ kamera canggih miliknya. Entah jenama apa aku pun tidaklah begitu arif tentang fotografi. Dia sibuk mengeluarkan alatan seperti ‘stand’, bateri dan sebagainya. Apabila telah sedia, Anas mula mengambil gambar air terjun Bukit Sebukor dari pelbagai sudut. Perasaan kagum menerjah kalbuku.
“ Awak budak ‘engineering’ tapi hobi dan minat awak jauh menyimpang kan,” ujarku perlahan. Dia senyum menampakkan baris gigi yang tersusun rapi.
“ Kawan-kawan saya cakap, saya ni baik ambik bidang fotografi je, tak payah ambik ‘engineering’. Sebabnya saya gila ambik gambar. Gambar sendiri tu tak la sangat tapi saya suka ambik gambar pemandangan dan panorama yang indah. Tu pun salah satu cara saya mensyukuri nikmat alam yang indah ini. Betul tak,” dia melirik ke arahku yang duduk di atas tembok sambil menghayunkan kaki.
“ Alah, setiap orang ada hobi dan kelebihan yang pastinya bukan satu je. Contoh paling dekat adalah saya sendiri, walaupun saya ambik Sains Komputer tapi saya minat bidang seni. Tapi bukanlah maksud saya nak jadi pelakon ke, penyanyi ke. Masih dalam bidang seni, lebih kepada seni penulisan. Saya juga minat dengan kerja-kerja penulisan skrip drama atau filem. Awak tahu, kalau saya tengok tv atau satu-satu cerita, saya akan cuba meramal apa akan jadi, apa lepas ni, ‘ending story’. Di samping tu, kalau cerita yang berbentuk animasi atau CGI, saya akan fikirkan macamanalah diorang cipta watak macam tu. Saya tak fikirkan sangat mesej yang cuba disampaikan tu. Selalu orang tak nak tengok tv dengan saya sebab mulut saya bising mengomel dan mengkritik sesuatu watak,” ceritaku sambil ketawa.
“ Haa…there you are..ketawa pun. Itulah yang Anas nak. Lisa senyum, ketawa, riang. Jangan difikirkan lagi tentang cinta yang dah pergi tu. Lupakan dia. Kalau dia tak sayang Lisa, mungkin lepas ni Lisa akan jumpa seorang lelaki yang sayangkan Lisa. Yang penting, jangan sedih-sedih. Anas tak suka tengok Lisa sedih, murung. Kalau senyum dan ketawa macam ni kan comel,” usik Anas. Lisa senyum lebar. Sudah lama dia tidak ceria begitu. Hanya Anas yang mampu gembirakan hatinya yang berduka. Hanya Anas yang sudi merawat luka hatinya. Walau dia tahu hati Anas milik insan lain, namun biarlah dia menggunakan masa yang ada ini bersama Anas. Sementara Anas masih sudi berkawan dengannya.
“ Ok…ready ekk..nak ambik gambar Lisa ni,” ujarnya.
“ Eh, taknak lah. Tak suka kena ambik gambar sebab kita ni tak fotogenik.
“ Alah, takpe..saja nak buat kenangan. Lepas ni, Lisa ambik gambar Anas pulak ya
“ Hmmm…oklah..
“ Macam tulah my girl..,” pujuk Anas dan menekan butang klik apabila aku sudah kelihatan bersedia.
“ Ok..giliran Lisa pula ambik gambar Anas..jap Lisa nak turun ni.
“Eh, nanti. Jatuh kang. Sini Anas tolong,” ujarnya spontan dan membantuku. Sesuatu terjadi apabila aku hampir jatuh dan dia memautku. Aku pandang matanya, dan dia juga begitu. Aku cepat-cepat meleraikan tangannya.
“ Sorry, Anas. Saya tak sengaja. Awak jangan fikir lain pula,” bisikku perlahan. Terasa pipiku merah menahan malu. Sungguh, bukan aku sengaja buat-buat jatuh. Aku bukan jenis perempuan yang suka ambil kesempatan.
“ Hmmm…takpe. Saya pun tak sengaja juga terpegang tangan awak tadi. Maaf ya,” dia senyum sikit meredakan keresahan hati kami berdua.
Tidak lama selepas itu, kami mula bertolak pulang ke rumah. Dia menghantarku ke rumah sewaku. Rumah sewanya terletak tidak jauh dari situ. Kami tinggal dalam taman yang sama cuma dia bahagian Fasa I dan aku pula Fasa II.
“ Selamat malam dan terima kasih sebab sudi temankan saya,” ucapnya.
“ Selamat malam, Anas dan terima kasih kerana ceriakan hidup saya,” balasku. Aku menghantar dia pergi dengan senyum yang tak lekang dari bibir.
******************************************************************************
Dua bulan sudah berlalu. Bermakna sudah dua bulan aku dan Anas menjadi sahabat. Bermakna juga sudah lebih 6 bulan Faiz pergi dari hidupku. Ia bagaikan suatu mimpi yang menakutkan dan sukar dipercayai kehadiran Anas memang berjaya mengubat luka di hati aku. Namun, beberapa hari ini amat sukar untuk menghubungi Anas. Katanya dia sibuk. Yelah, dah semester akhir. Pulak tu, dengar-dengar cerita rupanya selama ni aku berkawan dengan budak lelaki yang berstatus ‘dekan’. Manalah aku tahu kerana kami tak pernah berbual tentang ‘pointer’. Aku cuba mengambil sikap bertenang dan cuba memahami situasinya. Mungkin dia agak tertekan dengan projek akhirnya. Seminggu berlalu tanpa khabar berita dari dia. Bila aku ‘sign in yahoo messenger’ dia takde di situ. Aku sms dia tak balas. Aku telefon jarang dia angkat. Pendek kata sikapnya semakin hari semakin menyerupai Faiz. Aku sedih dan agak tertekan. Namun, cuba bertenang dan cuma tersenyum bila kawan-kawan aku mula bertanya tentang dia. Suatu ketika, rindu ini tidak mampu lagi untuk ku bendung. Betul, kami kerap berjumpa dan menghabiskan masa bersama. Berbeza dengan Faiz yang memang hanya sekali-sekala denganku. Siapakah yang lagi kejam? Faiz atau Anas? Aku tidak pernah minta untuk bersahabat dengannya. Apatah lagi minta luka diubati. Namun, dia hadir tepat pada masanya. Tapi sekarang, dia juga ingin pergi dari hidupku. Oh, Tuhan!! Masih ku ingat lagi bicara terakhir kami sewaktu aku menghubunginya.
“ Assalamualaikum…Anas..Minta maaf kalau saya ganggu awak,” akibat agak lama tidak berbual dengannya aku jadi agak canggung. Suaranya tidak kedengaran mesra seperti selalu. Aku terkilan yang amat.
“ Waalaikumussalam, Lisa. Ada apa ya? Anas tak boleh cakap lama-lama ni. Banyak keje nak buat,” ujarnya sekaligus menyentap tangkai hatiku yang telah sedia terluka dengan perubahan sikapnya.
“ Kenapa Anas macam nak jauhkan diri dari Lisa. Dah 2 minggu kita tak berhubung langsung. Lisa…rindu sangat dekat Anas..
“ Lisa kena faham, Anas dah semester akhir. Pelajaran sangat penting bagi Anas. Anas anak sulung, jadi contoh kepada adik-adik Anas. Sebelum ni, kita tak pernah bicara tentang pelajaran. Anas pun tak pernah tanya ‘pointer’ Lisa. Anas harap kita kawan sampai sini sahaja. Anas nak tumpukan pada pelajaran. Anas rasa cukuplah 2 bulan Anas ceriakan hidup Lisa. Lisa pun dah ok kan.
“ Lisa ingat Anas hadir untuk jangka masa yang panjang tapi untuk seketika cuma. Hmmm…takpelah, Lisa faham dan Lisa sedar Lisa bukan insan penting dalam hidup Anas. Terima kasih kerana telah lukakan kembali hati Lisa. Walaupun begitu, Lisa bersyukur kerana pernah kenal dengan Anas…tuttt….aku tidak sanggup lagi meneruskan perbualan. Aku tahu saat yang memeritkan itu hadir lagi. Untuk kali kedua hati aku disakiti. Namun, aku pasrah dengan ketentuan ini. Mungkin setakat ini sahaja aku mahu mengenali cinta. Aku serik.
*******************************************************************
Peperiksaan sudah berlalu. Anas pastinya sedang mengemas barang-barang untuk di bawa balik ke Shah Alam. Semester depan aku tak akan melihat wajah dia lagi dan satu cerita tentang Anas sampai ke telingaku baru sekejap tadi. Anas dah dapat tawaran kerja. Jurutera di syarikat besar Motorola. Bertuah betul dia, konvokesyen pun belum, berebut syarikat ingin mengambil dia bekerja. Itulah rezeki dia. Takpelah Anas, aku tidak sesekali cemburu dengan pencapaianmu apatah lagi membencimu. Aku percaya setiap apa yang terjadi ini pasti ada hikmahnya. Biarlah aku begini. Dengan duniaku sendiri lagi. Kepada dua insan yang pernah bertakhta di hati ini, Faiz dan Anas selamat maju jaya di dalam kerjaya kalian dan selamat berbahagia. Nama kalian tetap tersemat kukuh di sanubari biarpun sudah bermusim semua itu berlalu. Kerana kalian, aku jadi lebih matang dalam mencari cinta. Kerana kalian juga, idea untuk menulis datang mencurah-curah. Apa pun, yang pasti semua itu telah menjadi kenangan. Kenangan yang tidak mampu untuk aku lupakan sampai bila-bila.










Thursday 19 May 2011

cerpen kedua..cinta yg tersimpan bhgn 2

tengah dalam proses..tengah baiki sikit2 mn yg rs xpatut n mn yg rs ptt proceed...plg cpt mlm ni or mayb pg esok nk post kt penulisan.2u

kata hati..

kadangkala perasaan give up dtg jg. kecewa jg betapa sshnya nk mencr keje. ade degree pn ssh. hulur degree pn ssh, hulur spm je pn ssh. knp ya? sbb aku ni tak lawa ke? aku tak fkr semua majikan nak yg lawa je. hbs tu? mcm2 sebab mungkin. yelah majikan kan manusia jg. mcm2 peel. ada yg nk pakai degree, ade yg xnk. ade yg nk dip je, ade plak yg nk spm dgn experince. ade jgk yg belek sijil spm...pilih yg agak2 spm xblh nak blah...aduhai..penat dah aku...fed up rasanya...