Sunday 25 November 2012

AKU, DIA DAN PELUANG KE2

NUR ELIZA.
Aku mencintai dia. Dia gadis pertama yang bertakhta di hati. Dia gadis istimewa. Cute, baik dan bijak. Kami berkenalan melalui laman Friendster. Seingatku gadis itu yang ‘add’ aku dulu. Kami berkawan dan berbalas mesej dalam Friendster sehinggalah mengambil keputusan untuk bertemu. Pertemuan itu hanya berlangsung di Stesyen Bas Klang. Masih diingati lagi saat manis itu. Dia seorang yang agak pendiam. Sama sepertiku. Kami duduk di sebuah kedai makan di stesyen bas itu sambil berbual-bual. Hampir sejam berada di situ, aku hanya membawanya pusing-pusing sekitar stesyen bas lantaran beberapa sebab. Pertama, aku tiada pengalaman langsung dalam bidang ini. Aku buntu. Sejujurnya aku tidak pernah bercinta! ‘Dating’ apatah lagi. Sebab kedua, ke mana aku mahu bawa dia? Tidakkah dia rasa segan membonceng motosikal cabuk ku itu? Sebab ketiga, risau terserempak dengan KakLong dan pakwenya. Aku belum bersedia mahu kenalkan Liza pada keluargaku. Aku kira pertemuan kami hanya tamat di situ sahaja kerana sinar kehampaan seakan terpancar di wajah gadis itu apabila aku kelihatan kaku melayaninya. Tidak seperti dalam alam maya, ayat bukan main lagi. Bila dah depan mata, semuanya kelu. Seingatku, banyak soalan yang telah kufikirkan malam tadi untuk bertanya tuan punya badan tapi bila berhadapan, lidah jadi kelu.
Dua minggu kemudian, gadis itu datang lagi ke Klang dan kali ini aku sudah lebih bersedia. Aku membawanya bersiar-siar di Shah Alam. Kami sempat menonton wayang bersama-sama dan makan-makan di medan selera Giant Shah Alam. Kali ini perbualan kami lebih santai dan aku sudah pandai mengusiknya. Suka aku bila melihat wajahnya yang kemerahan bila diusikku. Kerana kesiankan dia yang terpaksa tergesa-gesa mengambil bas balik ke Melaka, tempat dia belajar, aku meminta jasa baik Kaklongku yang tinggal di kawasan berhampiran untuk menumpangkan Liza tidur utuk semalaman. Kaklong menyewa bersama seorang rakannya di Flat Cempaka. Kaklong tidak keberatan membantuku. Inilah masanya untuk aku perkenalkan ‘bakal isteri’ ku…hehhe..berangan je aku ni..baru je kenal…dah lebih-lebih..
*******************************************************************************
Malam itu, teman lelaki Kaklong datang. Abang Huzair, seorang yang peramah, tidak henti-henti menemuramah gadis kesayanganku itu. Terkulat-kulat gadis itu dibuatnya. Kemudian Abang Huzair membawa kami bertiga makan di sebuah restoren. Selepas makan, dia menghantar kami balik ke rumah flat Kaklong. Aku mengambil motosikalku yang ditinggalkan di tempat letak motosikal di rumah flat Kaklong dan balik ke Tanjung Karang. Kerana Liza, aku sanggup berulang-alik menaiki motosikal cabukku dari Tanjung Karang ke Klang lepas tu ke Shah Alam. Aku mahu dia tahu aku sanggup untuk dia. Sama seperti dia yang sanggup dating dari Melaka untuk berjumpaku.
Tatkala melelapkan mata yang penat, aku dibuai mimpi indah bersama Liza, cinta pertamaku. Aku bermimpi memeluknya erat dan berjanji padanya dialah yang pertama dan jua yang terakhir. Esoknya, pukul 6.30 pagi bila terbangun rupanya aku jatuh dari katil dan bantalku masih erat di pelukan. Alangkah malunya aku jika Liza tahu!
Hari ini hari Ahad. Aku akan ke Shah Alam dan menghantar Liza ke stesyen bas Klang. Lepas ni, mungkin lagi 2 minggu kami akan berjumpa. Itupun jika Liza tidak sibuk. Maklumlah Liza sudah di tahun 3 di IPTA. Perancanganku selepas ini akan membawanya ke majlis kenduri ibu saudara di Klang. Mak aku? Belum masanya lagi kot untuk ku perkenalkan. Nanti mak bising jangan terlalu rapat da suruh cari kerja cepat-cepat supaya cepat meminang anak dara orang. Tentang kerja, buat masa ni, aku masih tanam anggur selepas tamat diploma di UTM dua bulan lepas. Tunggulah dulu, penat belajar masih kuterasa. Aku ingin berehat dalam sebulan ni.
*******************************************************************************
Aku menyenangi jejaka bernama ANUAR itu. Wajahnya ‘not bad’,ketinggiannya juga sesuai denganku yang sederhana dan baik. Kami baik-baik sahaja Cuma kadangkala aku terasa penat. Asyik aku sahaja pergi ke sana untuk berjumpa dengannya. Dia tak pernah walau sekali pun turun ke Melaka. Kadangkala aku merasakan aku pulak yan beria-ria. Aku ke yang terhegeh-hegeh? Hati mula rasa tidak sedap dan malas. Maruah rasa seperti diketawakan oleh diri sendiri.
Hubungan ku dengan Anuar sudah hampir setahun. Dalam masa setahn itu, pelbaai dugaan dan cabaran datang. Pelbagai masalah dan badai menduga kami. Aku sibuk dengan rutin harianku. Kelas, projek, peperiksaan dan lain-lain lagi. Anuar pula mengikui Kursus Siswazah Menganggur selama 3 bulan. Dia juga agak sibuk. Kesibukan kami menyebabkan kami mula renggang. Pernah berhari-hari kami tidak berhubung. Masing-masing seolah-olah lupa hubungan yang dahulu pernah mekar. Aku mula rasa tertekan dengan status ‘couple’ tapi tak macam ‘couple’ ni. Dia selalu menjadi tempat aku melepaskan marahku. Selalu juga aku mengungkit pengorbananku yang selalu ke sana untuk berjumpanya sedangkan dia langsung tidak mahu keluar dari kepompongnya.
Kami semakin kerap bertengkar. Isu jarang berjumpa dan pengorbanan selalu menjadi puca perbalahan. Dia selalu menuduhku tidak tahu erti kesabaran dalam menghadapi dugaan. Dia juga selalu tiada pada masa aku memerlukan. Kerapkali insane lain atau lebih tepat lelaki lain pula cuba menghulur bantuan di saat aku memerlukan. Hati ini rasa sakit seolah tidak diperlukan dalam hidupnya. Aku mula pasrah dan mengakui di sini barangkali noktah cinta kami. Aku tidak sanggup lagi bersabar dengan semua ini. Daripada kedua-dua sakit hati, lebih baik kami putus sahaja. Barangkali itulah yang terbaik. Bukan aku tidak cinta, bukan juga tidak sayang. Bukan kerana ada orang lain di hatiku cuma dugaan demi dugaan datang menguji seolah-olah petanda kami tidak diizinkan bersama. Jika itulah kehendak Ilahi,akupasrah.
******************************************************************************
Aku telah mendapat pekerjaan di Bandar Shah Alam. Juruteknik komputer. Kerjanya tidaklah sebagus mana tetapi sesuailah dengan tahap Diploma yang aku ada ini. Bersyukur kepada Yang Maha Esa. Akan aku gunakan peluang ini. Aku mahu bekerja bersungguh-sunggu dan setahun dua lagi aku akan masuk meminang Liza. Biar gadis itu tahu aku bersungguh-sungguh menyintainya. Bukanlah sengaja aku membiarkan dia berkorban untukku. Aku faham situasinya yang mungkin penat dan jemu kerana kerap kali dia yang dating ke sini. Wahai gadis, mengertilah dan bersabarlah. Keadaan kewanganku juga belum mengizinkan. Bersabarlah untuk sedikit masa lagi. Sesungguhnya jarak yang jauh ini benar-benar menguji kesabaran kami. Aku cinta dan sayangkan dia seperti nyawaku sendiri. Mengapa dia tidak mahu mengerti? Adakah kerana dia sudah ada yang lain, yang selalu ada di sisi di waktu senang dan susahnya? Kalau ada, alangkah hancurnya hati ini. Setelah aku pahatkan cinta dalam hati ini untuknya, adakah sesenang itu dia mahu memadamkannya? Telefon bimbit tiba-tiba berbunyi. Ringtone yang kedengaran jelas menunjukkan Liza yang menelefon. Rindunya pada dia. Hampir sebulan lebih kami tidak berjumpa.
“ Assalamualaikum sayang,” ucapku riang.
“ Waalaikumussalam. Err…abang tengah buat apa? Saya ganggu ke? ,” suara gadis itu kedengarannya perlahan sahaja bertanya.
“ Tengah ingat kat sayang la. Sayang dah makan?
“ Hmm…dah lama dah. Sekarang kan dah pukul 11 malam. Takkanlah belum makan malam lagi kot,”ujarnya lagi.
“ Alah, abang saje je…nak gurau-gurau dengan sayang. Dah lama tak gurau dengan sayang kan,” usikku menutup malu.
“ Abang…masih ingat pada saya? Masih sayangkan saya?,” dia  tidak lagi membahasakan dirinya sayang seperti selalu. Aku mula gusar dan rasa tidak sedap hati.
“ Abang dah pernah cakap yang akan sayangkan sayang sampai bila-bila.
“ Tapi jarang telefon saya. Tanya khabar pun jarang juga. Saya jadi sangsi dengan janji yang abang ucapkan. Entah-entah saya yang bertepuk sebelah tangan.
“ Sayang…abang kan selalu mintak sayang sabar. Abang banyak kekangan sayang. Sayang tahu tak, abang kat sini dah berapa lama abang tak ‘topap’? Abang hidup cukup-cukup makan je kat sini. Nasib baik oleh ulang-alik rumah mak, kalau tak kebulurlah abang. Abang bukan sengaja tak nak hubungi sayang. Abang tak mampu sayang.
“ Tapi sayang jangan risau. Abang kan dah keje yang agak bagus juga. Abang janji dengan sayang akan kerja sungguh-sungguh, kumpul duit, setahun dua lagi abang masuk minang sayang ya ,” pujukku sungguh-sungguh.
“ Abang…saya rasa….kita setakat ni sahaja….saya tak nak susahkan hidup abang lagi..,” ayat-ayatnya sudah tersekat-sekat. Tahulah Anuar bahawa Liza sedang teresak-esak menangis di sana.
“ Sayang..janganlah macam ni…abang sayang sangat kat sayang ni. Abang tak pernah bohong sayang. Abang tak ada sesiapa selain sayang. Sayang pun tahu kan sayang cinta pertama abang. Jangan buat abang macam ni sayang. Abang nak terus hidup dengan semangat yang sayang berikan pada abang,” tuturku lagi juga sebak.
“ Abang hanya pentingkan diri abang saja. Tengok, abang nak hidup dengan semangat yang sayang beri, sedangkan abang tak berikan pun semangat untuk sayang hidup di sini. Abang ingat sayang kat sini hidup senang ke? Abang memang jarang ambil tahu pasal sayang, sebab tu abang tak kan faham…
“ Sayang…abang..,” aku melepaskan keluhan yang agak panjang. Aku sedar aku banyak buat salah pada gadis itu. Aku abaikan hati dan perasaanya. Aku sibuk mencari kerja, aku pentingkan diri sendiri, aku tidak fikirkan jerih-perih dia sebatang kara di Melaka sana. Aku ini lelaki, tak cukup kuat untuk berdiri, apatah lagi dia seorang perempuan. Aku sedar semua tu.
“ Baiklah…abang sedar salah abang…abang tak hargai sayang. Abang abaikan sayang. Tak apelah, abang pasrah dengan suratan ni, tapi abang harap sangat suatu hari nanti, kita dapat mulakan semula apa yang terhenti separuh jalan ni,” aku redha akhirnya sambil berdoa moga-moga Allah pertemukan semula kami. Walaupun hati menangis pilu, namun jika inilah yang terbaik untuk kami berdua di ketika ini, aku terima. Biarlah masa mematangkan kami. Kami pun masih muda, banyak lagi yang kami perlu harungi dalam hidup ini. Duhai hati, tabahlah!!
Begitu juga dengan Liza. Bohonglah kalau dia langsung tidak sedih dengan perpisahan ini. Usia percintaan mereka masuk tahun kedua tapi sudah putus di tengah jalan. Seperti Anuar, Liza juga akan cuba untuk tabah dan meneruskan hidup seperti biasa. Cinta cuba diketepikan seketika bagi memberi laluan kepada alam kerjaya yang akan ditempuhi tidak lama lagi.
*****************************************************************************
Dua tahun sudah berlalu. Liza masih di Melaka dan sudah bekerja di syarikat milik rakannya. Anuar pula masih dengan jawatan juruteknik. Sebagai seorang gadis yang masih belum berpunya dan memiliki banyak kelebihan, Liza menjadi penyeri di pejabat itu dan menjadi siulan ramai teruna dan juga suami-suami orang yang hidung belang yang singgah di syarikat itu atas urusan pejabat. Ramai yang menyenanginya dan ramai juga yang mencemburuinya. Ada yang cuba ‘tackle’ untuk dijadikan kekasih dan ada juga untuk dijadikan isteri malahan ada juga yang berniat untuk menjadikannya isteri kedua!! Bagi empunya badan sendiri,dia belum menemui cinta sejatinya.
Pemilik syarikat tempatnya bekerja yang merangkap kawannya juga tidak terkecuali sering menggodanya setiap hari. Lelaki itu sudah memasuki usia 40an tapi belum pernah berkahwin. Sudah 2 tahun mereka berkawan namun belum Nampak Liza memberi ‘green light’. Gadis itu umpama jinak-jinak merpati. Makan di tangan, ditangkap lari. Bagi Liza pula, dia memasng terasa sangat rimas dengan karenah lelaki-lelaki yang ingin memikatnya. Kalau tidak difikirkan soal kerja, sudah lama rasanya balik ke kampungnya di Kelantan. Sudahlah di Melaka ini dia sebatang kara. Perasaan takut juga selalu menghantuinya. Bimbang lelaki-lelaki ini bertindak kasar apabila dia menolak pelawaan mereka.
Sesekali dia teringatkan Anuar. Lelaki itu terlalu baik sebenarnya. Namun, keadaan memaksa kami berpisah 2 tahun lepas. Apa khabar dia sekarang ya? Sudahkah dia menemui penggantiku? Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi menandakan ada mesej. Liza mencapai telefon bimbit untuk membacanya. Dari Anuar! Walaupun nombr telefon Anuar telah dibuangnya, namun dia masih mengingati nombor itu. Kenapa dia menghantar mesej kepadaku malam-malam buta ni? Adakah dia juga sedang mengingatku juga?
Salam. Maaf ganggu. Buat ape? Apa khabar? Lama tak dengar cerita? Dah kerja ke? Dah kawin ke? Kalau dah, tak payah reply.
Aku senyum sendiri. Usiaku baru 24 tahun. Sebenarnya mengikut kiraan bulan, aku belum mencapai 24 tahun lagi.masih muda kot! Jari-jemariku pantas menekan ‘keypad’.
Wslm. Tak ganggu pun. Tak buat apa. Tengah berangan je. Saya sihat. Dah keje. Dah kawin…dalam mimpi kejap lagi..kenapa? Awak nak kawin ke? Nak ajak saya pergi majlis kawin awak?. Butang ‘send’ ku tekan. Aku menunggu dia membalasya.
Oh, taklah. Saya belum kawin dan belum ada sesiapa pun dalam hati saya. Ni, sms saya pakwe tak marah ke?
Pakwe? Tak ada. Peminat je ramai..huhu..perasannya aku.
Kalau begitu, sudikah awak bagi saya peluang ke2? Saya berhajat nak sambung semula apa yang terputus dulu. Dulu awak pernah kata akan beri peluang ke2 sekiranya awak tak ada sesiapa lagi. Saya akan cuba buat yang lebih baik berbanding dulu.
Aku jadi kelu seketika. Tidak disangka Anuar masih menuntut janji lama. Walaupun tidak begitu pasti dengan apa yang mahu dibalasnya pada ayat-ayat Anuar, Liza tetap juga membalasnya.
Kalau awak rasa sanggup, saya ok je. Tapi saya tak janji dapat memberi yang terbaik. Saya akan cuba..
Yes! Anuar menjerit sekuat hatinya. Alamak, kalau mak dengar mampus aku!
Oklah, saya dah ngantuk. Esok nak keje. Selamat malam. Tq sebab sms saya.
Selamat malam. Sama-sama.
Sudah 2 tahun Anuar tidak mimpikan gadis itu. Malam ini, dia mimpikan Liza datang menyerahkan sekuntum bunga mawar putih kepadanya.
*******************************************************************************
Beberapa bulan sudah berlalu semenjak aku memberikan peluang kedua buat Anuar. Dalam tempoh masa itu, belum pernah sekalipun dia dating menjengukku di Melaka. Aku kecewa. Walaupun begitu, sesekali dia masih menelefonku. Mungkin juga dia sibuk dengan kerja. Aku cuba menyedapkan hati yang sememangnya goyah untuknya. Aku membuat kesimpulan, sebenarnya dia masih belum menyayangiku sepenuh hatinya. Macamlah jarak antara Shah Alam ke Melaka tu jauhnya seperti Shah Alam ke Kelantan.
Hidupku sepi kembali walaupun masih dibayangi harapan untuk bersama dia. Pada Anuar, aku telah memberinya peluang kedua bermakna aku telah memberikan kembali hatiku padanya, namun aku hampa. Keadaan seperti memang tidak menyebelahi kami. Masih sama seperti dulu. Selalunya manusia akan belajar dari kesilapan lalu dan memperbaiki pada peluang kedua. Keadaan kami, seakan-akan tiada sinar bahagia lagi. Mungkin benar, inilah yang dikatakan tiada jodoh meskipun masih ada cinta di hati masing-masing. Aku menghubungi Anuar untuk yang terakhir kalinya. Tidak seperti perpisahan kami dulu, kali ini aku lebih tenang dan lebih kepada mahu berbincang dengannya. Dia pun sama sepertiku. Kami sependapat bahawa hubungan ini tak mampu diteruskan lagi dan sememangnya takdir tidak menyebelahi kami untuk terus bersama. Kami telah mencuba namun masih juga menemui jalan buntu. Jadi, jalan terbaik berpisah untuk kali ke2. Kekecewaan itu ada, cuma tidaklah seteruk kali pertama. Mungkin kerana kami berdua lebih pasrah kali ini. Untuk kesekian kalinya Tuhan, aku kecewa lagi dalam menggapai cinta. Ustazahku dulu pernah berkata cintakan Allah, Rasl, keluarga dan diri sendiri dahulu sebelum mencintai dan dicintai orang. Akan aku cuba sematkan nasihat itu di hatiku. Mana tahu, cinta suci akan datang selepas itu. Insyaallah.    

No comments:

Post a Comment